Aku sebenarnya seronok melihatkan kawan-kawan dan senior seangkatan dengan aku seperti Abg Pie, LR, Along dan beberapa lagi yang bahagia bersama keluarga masing-masing walaupun mereka tahu status HIV mereka.
Aku mmg salute pada mereka, kekuatan jiwa mereka untuk meluahkan apa yang wujud di dalam tubuh badan mereka. Bukan senang nak meluahkan sesuatu yang kita tak pernah inginkan dalam hidup. Lebih-lebih lagi HIV sering dikaitkan dengan tingkah laku yang buruk, kemaksiatan, dosa dan segala macam perlakuan keji yang menjurus kepada seseorang untuk mendapat virus berbahaya ini.
Seringkali digambarkan di media tentang tingkah laku yang tak elok, yang membuatkan pembawa HIV dipandang hina dan keji. Seolah-olah virus yang wujud ditubuh mereka itu adalah sebagai balasan tentang dosa-dosa silam yang pernah dilakukannya!
Iyer, sedikit sebanyak semua prejudis dan stigma hasil dari kedangkalan manusia membuatkan aku takut untuk mendedahkan siapa diri aku yang sebenarnya. Aku tidak mampu untuk membohongi diriku. Walaupun setiapkali pulang ke kampung, terdetik jugak untuk memberitahu org tua dan adik beradik status sebenar lebih-lebih lagi bila mereka mempersoalkan tentang status aku yang masih membujang. Nak aje aku berseloroh pada mereka "kome tak boleh kawin weh sebab kome ade HIV!" :)
Berbalik kepada persoalan berkaitan tajuk posting kali ini, mmg aku tak mampu nak berterus terang dengan ahli keluarga terdekat. Sebabnya kerana aku takut orang tuduh aku berpura-pura baik. Tapi sebenarnya aku ni bukannya jahat sgt pon, cuma aku takut sikap prejudis orang yang melihat tingkah laku aku yang ibarat memijak semut pun tak mati, tapi macam mana pula aku boleh mendapat virus ini?
Aku tak pernah sakit pun, atau menjalani pemindahan darah, apatah lagi berkongsi jarum suntikan sewaktu mengambil dadah. So? Apa puncanya?
Apa pandangan orang yang mengetahui kisah hidup aku yang pada pandangan mereka mustahil untuk aku mendapat virus yang boleh membawa maut ini? Atau adakah mereka mula memandang serong terhadap aku dan menuduh aku bersikap hipokrit dan cuba mengaburi mata mereka semata-mata untuk melindungi perkara tak elok yang aku lakukan?!
Memang bermacam persoalan yang berlegar diruang pemikiran apabila membayangkan mereka mengetahui status aku. Dan apa yang aku tak mampu bila memikirkan orang tua yang sudah menjangkau umur 80an..aku memang tak mampu untuk melukakan hati dan perasaan mereka....aku rasa bersalah...kadangkala melihatkan susuk tubuh mereka yang makin dimamah usia membuatkan aku rasa nak meraung......aku tak mampu menerima hakikat bahawa benih dari mereka berdua ini telah dicemari.....mak, abah....maafkan anakanda kerana tidak mampu menjaga tubuh badan yang telah mak dan abah hasilkan..yang telah mak kandungkan,..yang telah abah besarkan...yang telah mak dan abah suapkan makanan ke mulut ini...yang telah mak rotan kerana kedegilan masa kecik dulu, yang telah abah dukung semasa anakanda terjatuh dahulu!!!!!!!!! Mak ..abah........satu-satunya anak lelaki yang mak dan abah nantikan selama 30 tahun kini dicemari virus!!!!!!!!!!!!!! maafkan anakanda..................... ;(
buat semua kakak-kakak yang dari kecil semuanya memanjakan adik lelaki yang sorang ini......kenakalan dan kedegilan adik semasa kecilnya memang kekadang merimaskan kakak-kakak semua....tapi nak buat macam mana? adik lah satu-satunya adik lelaki yang kakak-kakak ade.......dari kecik sampai masuk universiti adik lah yang kakak-kakak manjakan....walaupun adik tahu kakak-kakak semua tak terdaya untuk mendapat kejayaan seperti apa yang adik kecapi, tapi percayalah kakak, satu-satunya ijazah yang ade dalam keluarga kita yang adik perolehi bukanlah untuk adik seorang, tetapi untuk kita semua!!!! tapi maafkan adik kakak, adik alpa sewaktu adik mendaki liku-liku hidup......adik tersalah langkah....masa tu takde sapa yang tolong adik..sebab adik hidup berjauhan dengan keluarga.....adik takde pedoman....adik takde pembimbing......apa yang kakak-kakak lihat tak seindah apa yang adik lalui!!!!!!
aku tak boleh nak habiskan posting kali ni....bila airmata berjujuran membasahi keyboard....aku menangis sepuasnya......