Friday, April 27, 2012

CD4 increased lagi...

Tanggal 24 April yg lalu, TT sekali lagi ke HUKM untuk mendapatkan CD4 yang terbaru. Alhamdulillah, ianya naik lagi dari 368 pada Jan lalu kepada 386....wow....walaupun TT rasa terlalu stress lately ni tetapi hasil 'kerja kuat' menangani segala permasalahan akhirnya berbaloi jugak. Doktor yang TT jumpa hari tu pun berpuas hati dgn pencapaian TT dan penerimaan terhadap HAART. Walaupun pada permulaan pengambilan HAART aritu bermacam perasaan yg TT rasa, tetapi alhamdulillah peritnya hanya semntara..insyaAllah TT yakin penghujung tahun ni bacaan CD4 pasti akan mencecah 500...sama level dgn manusia normal :) Disbbkan next appointment adalah selepas hari raya, lalu TT pun bertanyalah pada Tuan doktor tentang persediaan menghadapi Ramadhan tahun ni. Yang ni TT agak terkilan sedikit kerana doktor tidak membenarkan TT berpuasa. Unless kalo CD4 mencecah 500 ke atas. Doktor takut sekiranya TT mengubah waktu pengambilan stocrin dan combivr, ianya akan mendatangkan resistance terhadap virus yg ada. Katanya lagi, HAART yg ade kat Malaysia ni tak sama dgn oversea i.e UK. Kalo kt oversea, mungkin kita boleh mengubah timing makan ubat....untuk suit dgn waktu berpuasa. Tapi nk buat mcm mana kan, terpaksalah bayar fidyah ajer tahun ni....dan yg pasti raya tahun ni takkan semeriah tahun sebelumnyaaa....wah blom apa2 dah bercerita pasai rays! Huhu

4 comments:

  1. alhamdulillah...itu rukhsoh yg alla bg kat awk.ikut ja apa yg doktor sarankan demi kesihatan awk. tahniah wat awk

    ReplyDelete
  2. tahniah sahabat.
    jika itu kata doktor, ikutkan sahajalah.
    kurang2 sebagai target untuk sahabat bersungguh2 berusaha tingkatkan kesihatan diri.

    insya-Allah tahun depan dah boleh puasa semula :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup , better ikut aje kata doktor , tahun depan boleh twist unutk berpuasa kalau tahap kesihatan semakin utuh.

      TT , abg nasihatkan jauhilah stress dan kena curi masa juga dgn bersenam sekurang2nya 30 min pun jadilah. Bukan nak suruh pecut lari , jalan laju2 sikit pun jadilah sambil warm-up.

      Jgn lupa banyak minum air. Walaupun kita dah mulakan HAART cara pemakanan terbaik ( pengambilan suplimen , sayuran , buah dan sebagainya ) kena jaga juga sebagai pemangkin untuk CD4 melonjak.

      Jgn lupa tidurpun kena cukup dik.

      Wish for u.

      Fareez Fauzi

      Delete