Saturday, April 7, 2012

Lawatan ke Rumah Solehah

Pagi tadi, TT berkesempatan meluangkan masa bersama kawan-kawan melawat Rumah Solehah Bandar Tun Razak.

Untuk informasi, rumah ini merupakan shelter home atau rumah perlindungan bagi kanak-kanak yang menghidap HIV.

Aktiviti bermula lebih kurang jam 10.00 pagi dengan kelas belajar mewarna. Seronok jugaklah bila Cikgu U mengajar teknik menggunakan colour pencil dengan betul. Tetapi TT lebih tertarik melihat 10orang kanak-kanak penghuni rumah ini. Jauh disudut hati, bila melihatkan keletah mereka yang comel-comel belaka, TT rasa sangat terharu. Walaupun mereka kelihatan pemalu dan tidak banyak cakap, tetapi TT paham, mungkin mereka rasa rendah diri...segan...berhadapan dengan public.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan selepas itu sedikit perkongsian oleh Kak B..salah seorang wanita yang HIV yang pernah ditempatkan di Rumah Solehah ini beberapa tahun dahulu.

Beliau menceritakan pengalaman bagaimana saat-saat beliau jatuh sakit dan dapat tahu tentant status beliau. Memang saat tu TT dah tak boleh nak tahan airmata ni.....berkaca-kaca jugaklah. Tapi kena control sebab kat dalam majlis tu kebanyakannya wanita so takkan la hati lelaki lagi fragile dari pompuan kott....

Anyway, TT tgk Kak B sendiri beberapa kali mengelap airmata yang jatuh dipipi dia. Walaupun secara lahiriah beliau kelihatan amat happy go lucky. Tapi tak siapa tahu keadaan dalam diri dia yang sebenar kan....

Sebelum berpisah, kami bergambar beramai-ramai. Gambar tak boleh dikongsi di sinilah sebab terpaksa menjaga privacy kanak-kanak tersebut.

Sesungguhnya, lawatan hari ni memang memberi suatu pengalaman yang bermakna pada diri TT..

Dan kata-kata Kak B memberikan kesan yang amat mendalam..."melihatkan kanak-kanak yang tidak berdosa ini, hati menjadi lebih sayu...bukan salah mereka menjadi begitu..."


6 comments:

  1. Tahniah kerana ada kesempatan utk melakukan kbjikn...
    Sedih,sayu dan terharu juga saya dgn kanak2 drumah tu...
    Insyallah,mga 1hari nti ada ksemptn utk tchr shda ajar adik2 abc...

    ReplyDelete
  2. tahniah,
    antara wakil positive warriors yg dpt hadir. ada yg saya dengar menyumbang sedikit kewangan. bangga weh.
    ya, sesungguhnya jika saling belajar drpd pengalaman dan penderitaan insan lain. bila begini, terasa diri kita masih beruntung berbanding mereka, kan.

    ReplyDelete
  3. abg pie...rumah ni sebenarnya dekat sangat dgn rumah saya..insyaAllah kalo ade masa terluang saya akan menyinggah ke sana lagi..

    psstt:-jom ke pesta menangkap ikan di kampung saya hujung minggu ni..ade berani nak menjala? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat mana kampong azry tue?
      Bestnya kalau ada pesta menangkap ikan ya.

      selalunya time mana yang azry tak sebok.

      Delete
  4. owh, senanglah kita nakl ziarah bila berkesempatan nanti.
    hujung minggu ni tak dapat buat apalah, ke luar daerah urusan pertunangan anak buah. kalau tak, best tangkap ikan tu..:)

    ReplyDelete