Monday, March 26, 2012

Sebab Musabab Kenapa Aku Perlu Merahsiakan Status HIV...




Aku sebenarnya seronok melihatkan kawan-kawan dan senior seangkatan dengan aku seperti Abg Pie, LR, Along dan beberapa lagi yang bahagia bersama keluarga masing-masing walaupun mereka tahu status HIV mereka.

Aku mmg salute pada mereka, kekuatan jiwa mereka untuk meluahkan apa yang wujud di dalam tubuh badan mereka. Bukan senang nak meluahkan sesuatu yang kita tak pernah inginkan dalam hidup. Lebih-lebih lagi HIV sering dikaitkan dengan tingkah laku yang buruk, kemaksiatan, dosa dan segala macam perlakuan keji yang menjurus kepada seseorang untuk mendapat virus berbahaya ini.

Seringkali digambarkan di media tentang tingkah laku yang tak elok, yang membuatkan pembawa HIV dipandang hina dan keji. Seolah-olah virus yang wujud ditubuh mereka itu adalah sebagai balasan tentang dosa-dosa silam yang pernah dilakukannya!

Iyer, sedikit sebanyak semua prejudis dan stigma hasil dari kedangkalan manusia membuatkan aku takut untuk mendedahkan siapa diri aku yang sebenarnya. Aku tidak mampu untuk membohongi diriku. Walaupun setiapkali pulang ke kampung, terdetik jugak untuk memberitahu org tua dan adik beradik status sebenar lebih-lebih lagi bila mereka mempersoalkan tentang status aku yang masih membujang. Nak aje aku berseloroh pada mereka "kome tak boleh kawin weh sebab kome ade HIV!" :)

Berbalik kepada persoalan berkaitan tajuk posting kali ini, mmg aku tak mampu nak berterus terang dengan ahli keluarga terdekat. Sebabnya kerana aku takut orang tuduh aku berpura-pura baik. Tapi sebenarnya aku ni bukannya jahat sgt pon, cuma aku takut sikap prejudis orang yang melihat tingkah laku aku yang ibarat memijak semut pun tak mati, tapi macam mana pula aku boleh mendapat virus ini?

Aku tak pernah sakit pun, atau menjalani pemindahan darah, apatah lagi berkongsi jarum suntikan sewaktu mengambil dadah. So? Apa puncanya?

Check mate!

Apa pandangan orang yang mengetahui kisah hidup aku yang pada pandangan mereka mustahil untuk aku mendapat virus yang boleh membawa maut ini? Atau adakah mereka mula memandang serong terhadap aku dan menuduh aku bersikap hipokrit dan cuba mengaburi mata mereka semata-mata untuk melindungi perkara tak elok yang aku lakukan?!

Memang bermacam persoalan yang berlegar diruang pemikiran apabila membayangkan mereka mengetahui status aku. Dan apa yang aku tak mampu bila memikirkan orang tua yang sudah menjangkau umur 80an..aku memang tak mampu untuk melukakan hati dan perasaan mereka....aku rasa bersalah...kadangkala melihatkan susuk tubuh mereka yang makin dimamah usia membuatkan aku rasa nak meraung......aku tak mampu menerima hakikat bahawa benih dari mereka berdua ini telah dicemari.....mak, abah....maafkan anakanda kerana tidak mampu menjaga tubuh badan yang telah mak dan abah hasilkan..yang telah mak kandungkan,..yang telah abah besarkan...yang telah mak dan abah suapkan makanan ke mulut ini...yang telah mak rotan kerana kedegilan masa kecik dulu, yang telah abah dukung semasa anakanda terjatuh dahulu!!!!!!!!! Mak ..abah........satu-satunya anak lelaki yang mak dan abah nantikan selama 30 tahun kini dicemari virus!!!!!!!!!!!!!! maafkan anakanda..................... ;(

buat semua kakak-kakak yang dari kecil semuanya memanjakan adik lelaki yang sorang ini......kenakalan dan kedegilan adik semasa kecilnya memang kekadang merimaskan kakak-kakak semua....tapi nak buat macam mana? adik lah satu-satunya adik lelaki yang kakak-kakak ade.......dari kecik sampai masuk universiti adik lah yang kakak-kakak manjakan....walaupun adik tahu kakak-kakak semua tak terdaya untuk mendapat kejayaan seperti apa yang adik kecapi, tapi percayalah kakak, satu-satunya ijazah yang ade dalam keluarga kita yang adik perolehi bukanlah untuk adik seorang, tetapi untuk kita semua!!!! tapi maafkan adik kakak, adik alpa sewaktu adik mendaki liku-liku hidup......adik tersalah langkah....masa tu takde sapa yang tolong adik..sebab adik hidup berjauhan dengan keluarga.....adik takde pedoman....adik takde pembimbing......apa yang kakak-kakak lihat tak seindah apa yang adik lalui!!!!!!

aku tak boleh nak habiskan posting kali ni....bila airmata berjujuran membasahi keyboard....aku menangis sepuasnya......


13 comments:

  1. Assalamualaikum
    Salam perkenalan
    dulu am pernah baca blog TT masa kat wordpress
    tp bila am nak baca lg dah xder
    bila am baca blog AHP, am terjumpa lak link blog TT yg ni..

    am xtau nak comment camner kerana situasi yg TT alami nie akan terjadi kat am pula akan datang
    apa pun am harap TT terus positif, diberikan kekuatan, terus tabah menjalani kehidupan mendataang
    am dapat rasakan apa yg TT rasa kerana am juga anak tunggal lelaki dlm keluarga am

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang kita rasakan sama.... paling tak tertanggung adalah melukakan hati orang yang kita sayang. Apa yang penting skrg adalah tawakal ... mohon tuhan tunjukkan jalan.... Hati manusia tak siapa yang tahu. Baik atau buruk kita kena hadapi.... Apa yang penting kuatkan semangat. Bila rasa itu tak terluahkan... bebanan itu tak kan selamanyer mampu terpikul.. Doa semoga Tuhan melindungi keaiban yang ada dalam diri kita agar orang yang kita sayang terhindar. Saya pun merasakan perkara yang sama. Semoga awak dan insan senasib akan kuat menghadapi ujian tuhan ini. Pesanan untuk diri saya juga.

      Delete
  2. TT,ape yg awk alami same mcm plhiv yg lain...dalam dilema nk bgtau or tdak pd famly atleast one of ur close fam member...xpela, mgkin ambil masa utk bgtau dorang...sy juga ader dgr org ckp plhiv ni if 1 day he dies,dia akn diclorox kan (nauzubillah)....minta maaf yer kalau menyinggung perasaan...

    sy juga pnah citer dlm blog ahp yg ahli keluarga saya jg ader yg plhiv dan kami semua tau hal itu...skrang tinggal dgn fam sy d kg.walaubagaimanapon, kami sgt berterima kasih kerana beliau menjaga atok sy yg uzur n nyanyok dgn sepenoh hati...dia redeem kesalahan dia dulu dgn menjaga org tua nya...

    Saya cerita bukan nk buka pekung kluarga kami,tapi sekadar berkongsi maklumat dan pandangan....

    Yg baik semua dtg dari allah, yg buruk dtg dri allah juga tapi atas kekhilafan kita sndiri...wallhualam...

    Minta maaf

    ReplyDelete
  3. Be strong and stay strong.
    We are here for each other.

    ReplyDelete
  4. Kalau masih tak mampu untuk berterus terang simpan dulu, sebab masalah stigma, judmental ni memang payah tapi jangan salah sangka yang PLHIV tak boleh kahwin. PLHIV boleh berkahwin dan mempunyai zuriat yang bebas HIV.

    wallahualam

    ReplyDelete
  5. sahabat,
    sebenarnya dalam beberapa perkara dan kerana sahabat ada special akses dengan saya, komen saya boleh kita boleh share berdua apabila berkelapangan. nak share di sini panjang sangat. saya faham dilema sahabat dan tidak pernah judgmental.sahabat memang salah seorang teman yang sgt2 baik. itu pasti.

    ReplyDelete
  6. kadang kadang, ada perkara yang lebih elok kita rahsiakan, sehingga tiba suatu ketika yang dirasakan benar benar sesuai.

    bertabahlah.

    ReplyDelete
  7. maaf semua, ntah kenapa posting kali ni agak emotional sket....

    ReplyDelete
  8. Samalah seperti saya, saya pernah menulis dalam masa yang sama hati menjadi sebak airmata jatuh. Kita sedih mengenangankan perasaan orang lain sekiranya mereka mendapat tahu diri kita ada hiv kan.

    Kalau confirm saya mendapat hiv melalui pemindahan darah contohnya, kemungkinan sudah lama status hiv saya sudah saya beritahu pada semua ahli keluarga. Masaalahnya seperti saya ni puncanya hiv yg saya dapat akibat aktiviti berisiko yang saya lakukan. Tak kan nak menipu pada mereka yang kita dpt melalui pemindahan darah atau cucuk ambil dadah. Jalan terbaik buat saya ketika ini merahsiakan selama yang boleh.

    Semoga awak diberi ketabahan menjalani kehidupan mendatang.

    ReplyDelete
  9. Ada perkara kadangkala sukar dimengertikan. Penerimaan manusia tu normal. Ada yang terima positif dan ada yang terima negatif. Apa pun yang pentingkan sekarang adalah hubungan kita. Jika dengan menyembunyikan dirasakan hubungan kekeluargaan itu akan harmoni rasanyer tak salah. Cuma beban yang ditanggung hanya diri yang tahu. Mohon petunjuk dariNYA semoga dibukakan jalan. Kisah hidupkan adalah berbeza namun apa yang telah tertulis itulah sebahagian kehidupan yang harus kita lalui. Semoga semua sahabat-sahabat saya kuat menghadapi ujian ini.....

    ReplyDelete
  10. salam..

    Ya Allah.. lembutkan lah hati dia..
    agar dia menerima dirinya seadanya..

    TT, pesan saya agar TT akan dapat berterus terang..
    TT, pesan saya agar TT akan sabar sesabarnya selepas itu..

    ..kerna doa kedua ibu bapa selepas mereka tahu adalah yang utama diharapkan,
    ..apalah sangat jika dosa jika ianya terampun olehNYA
    ..apalah sangat derita bala kiranya ianya bersama rahmat dan hidayah olehNYA

    -separuh nafas membawa hati yang duka
    ::angah::

    ReplyDelete
  11. Salam ,

    Apa khabar dik, bg abg tak perlu lah di beritahu kepada mereka buat masa ini, sentiasa berdoa kepada Allah agar di beri kekuatan, apa yang dah berlaku biarkan berlalu, tidak guna kita kenang2kan.

    Buat seperti biasa sahaja, terus bersemangat untuk terus berjuang, hidup mati kita di tangan Allah , tidak di lewat atau di cepat barang sesaat pun.

    Berlapang dada dan redha dengan ketentuanNya, banyak PLHiV yg dapat hidup bertahun2 pun sama seperti orang lain.

    Ada yang memang malang mendapat HIV tanpa melakukan kegiatan yg berisiko tinggi dan ada juga sebaliknya, masing2 punya bahagian di dunia ini buat Allah menguji tahap keimanan kita.

    Anggap lah ianya satu cara Allah syg kat kita supaya kita lebih menghargai org sekeling kita, diri kita dan paling penting kita dapat sedikit jentikkan drNya supaya sentiasa ingat kat DIA. .

    Jangan bersedih ya.... Adik punya masa depan yg cerah untuk terus hidup seperti orang lain, cuma yg membezakan nya adalah kualiti darah kita sahaja.......

    Wallhuallam

    ReplyDelete
  12. Kadang-kadang kita tak mampu meluahkan apa yang kita rasa.
    Sehinggalah satu saat AIRMATA jatuh di pipi kerana tak mampu lagi menahannya...

    ReplyDelete