Tuesday, March 20, 2012

No More Side Effects!

Yes! Syukur alhamdulillah...setelah 6 bulan memulakan HAART, pelbagai kesan sampingan yang telah TT lalui, dan segalanya telah berakhir kini.

Kalau dulu TT selalu aje rasa mual, loya, nak muntah, pening....tetapi sekarang tidak lagi. Dah rasa mcm biasa sahaja. Langsung tarak sakit?!

Ingat lagi dulu masa mula2 makan Stocrin...siap terkencing masa tidur. Kalo terjaga nak ke bilik air, mesti kena berpegang pada dinding. Mana tak nya, dunia rasa berputar-putar. Rasa mau tumbang sudah.

Tapi semuanya telah berlalu yer. Sekarang ni bila dah telan stocrin pada jam 10malam, TT masih lagi selamba untuk menonton Desperate Housewives. Masih lagi mampu bermain DrawSomething kat ipad. Tapi masih belum berani nak mengeteh dan drive lewat malam. Takut masih ade lagi saki baki side effect yg belum hilang.

So pada kawan2 kat luar sana yang masih ragu2 tentang HAART, tentang ubatan antiviral...haruslah dibuang segala stigma dan prejudis anda. Lihat lah pada contoh PLHIV yang telah berjaya membuktikan bahawa mendapat HIV bukannya bermakna mati pada keesokan harinya.

Apa yang penting, kuatkan semangat. Jangan terlalu pikir perkara yang bukan-bukan. Dan yang penting sekali, berkumpul dan bergaul dgn PLHIV yang lain. Berkongsi masalah. Insyaallah, semuanya akan menjadi seperti sediakala.

Last but not least, TT doakan serta mengucapkan ribuan terima kasih pada kawan2 PLHIV yang banyak membantu TT selama ini. Terutamanya Abg Pie dari www.akuhivpositif.blogspot.com dan kawan-kawan seangkatan seperti LR, Mael, Halim, Abg Fareez dan semua sekalilah yang sama2 berusaha untuk menjadikan kehidupan PLHIV lebih bermakna!

5 comments:

  1. I recently came across your blog and have been reading along. I thought I would leave my first comment. I don't know what to say except that I have enjoyed reading. Nice blog. I will keep visiting this blog very often.
    1999 Infiniti I30 AC Compressor

    ReplyDelete
  2. Alhamdullah. bukan senang 6 bulan tuh, awak memang tabah!

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, tahniah azri :)
    bersama teruskan perjuangan

    ReplyDelete
  4. Terima kasih semua. Skarang ni anggap je la ubatan tu semua ibarat gula2 getah...sampai masa telan...

    ReplyDelete
  5. salam. tenks atas semua post2 yg positif yg telah awak publish. tp sy masih belum dapat keyakinan diri utk mula makan ubat. saya takut. ;-(

    ReplyDelete