Monday, October 26, 2009

Badanku lemah, jiwaku kosong

TT just nak bgtau bahawa kesihatan TT sejak kebelakangan ini mmg teruk. Suhu badan yg tinggi, pening kepala, sakit perut...lemah tenaga. Lesu..

Argh..TT dah cuba persetankan semua tu. TT cuba untuk bergerak lebih aktif. Kerja yang memerlukan banyak tenaga telah TT lakukan di pejabat mahupun di rumah, tetapi TT rasa badan TT tetap lemahhhhh..

Adakah sudah sampai masa untuk TT melangkah ke alam dunia AIDS? ;(

Wednesday, October 14, 2009

TT rasa CD4 TT makin jatuh

Berdasarkan beberapa symptom yg TT alami lately, seolah2 CD4 TT jatuh merudum. Badan rasa penat semacam. Walaupon TT masih lagi mengamalkan pemakanan pil2 tambahan, tetapi rasa seolah-olah tidak bermaya.

Perut pun rasa macam tak selesa, berserta dengan badan-badan yang lemah dan lesu. Nak pergi buat body exercise pun rasa malas sangat.

Macam mana ye caranya nak settlekan semua ni.

Thursday, October 8, 2009

Dinner for tonite


Mee udang



Chicken scallop


ni daun kering yer..bukan utk di makan!

Sunday, October 4, 2009

Suara Angsa

Ada sapa2 taw mcm mana suara angsa?

Dengar video clip di bawah dan pasti akan kedengaran beberapa suara angsa yang keluar.

*angsa yang makan banyak sgt ketupat & lemang

huhuh


Bila CD4 di bawah paras 400

Terdapat beberapa perkara penting yang TT boleh summarize bila CD4 TT jatuh di bawah paras 400. Seperti yang anda ketahui, bacaan CD4 TT yang terbaru adalah 329. Dan beberapa simptom berikut yang TT alami recently:-

1. pembuangan air besar yang tidak menentu
2. lemah-lemah badan dan mengantuk terutama pada waktu maghrib
3. hidung rasa flu, dan suhu badan tinggi 36-37 degree Celsius

Apa yang TT tau, semuanya ni bergantung kepada pemakanan dan body exercise yang patut TT lakukan. Tapi berat rasanya nak makan sesuatu yang menyihatkan atau ke gymnasium atau sekurang-kurang berjogging di pusat rekreasi.

Tengokla nanti, harap-harap TT diperkuatkan keazaman untuk melakukan semua itu. Mode raya masih ade lagi ni...open house je memanjang. Huhuh..insyaAllah, mulai minggu dpan bolehlah start exercise kat gym. Hopefully!