Wednesday, March 28, 2012

Bersiaran langsung dari HOSHAS, Temerloh

Malam tadi masa TT nak tido, tetiba je abah call dari kampung. Memang jarang dia menelefon time mcm tu. Seperti dijangka, rupa-rapanya anak buah yang berumur 16 tahun accident semalam sewaktu keluar dari sekolah.

Hari ni TT amik emergency leave balik ke Temerloh. Terus pergi ke Wad 5 melawat anak buah yg patah kaki dan jari kelingking. Tulah, malang tak berbau kan! Moga takde apa yang serius berlaku...

Tuesday, March 27, 2012

Kosong - Najwa Latif



TT memang tertarik dgn lirik dan melody lagu terbaru Najwa Latiff ni....

Monday, March 26, 2012

Sebab Musabab Kenapa Aku Perlu Merahsiakan Status HIV...




Aku sebenarnya seronok melihatkan kawan-kawan dan senior seangkatan dengan aku seperti Abg Pie, LR, Along dan beberapa lagi yang bahagia bersama keluarga masing-masing walaupun mereka tahu status HIV mereka.

Aku mmg salute pada mereka, kekuatan jiwa mereka untuk meluahkan apa yang wujud di dalam tubuh badan mereka. Bukan senang nak meluahkan sesuatu yang kita tak pernah inginkan dalam hidup. Lebih-lebih lagi HIV sering dikaitkan dengan tingkah laku yang buruk, kemaksiatan, dosa dan segala macam perlakuan keji yang menjurus kepada seseorang untuk mendapat virus berbahaya ini.

Seringkali digambarkan di media tentang tingkah laku yang tak elok, yang membuatkan pembawa HIV dipandang hina dan keji. Seolah-olah virus yang wujud ditubuh mereka itu adalah sebagai balasan tentang dosa-dosa silam yang pernah dilakukannya!

Iyer, sedikit sebanyak semua prejudis dan stigma hasil dari kedangkalan manusia membuatkan aku takut untuk mendedahkan siapa diri aku yang sebenarnya. Aku tidak mampu untuk membohongi diriku. Walaupun setiapkali pulang ke kampung, terdetik jugak untuk memberitahu org tua dan adik beradik status sebenar lebih-lebih lagi bila mereka mempersoalkan tentang status aku yang masih membujang. Nak aje aku berseloroh pada mereka "kome tak boleh kawin weh sebab kome ade HIV!" :)

Berbalik kepada persoalan berkaitan tajuk posting kali ini, mmg aku tak mampu nak berterus terang dengan ahli keluarga terdekat. Sebabnya kerana aku takut orang tuduh aku berpura-pura baik. Tapi sebenarnya aku ni bukannya jahat sgt pon, cuma aku takut sikap prejudis orang yang melihat tingkah laku aku yang ibarat memijak semut pun tak mati, tapi macam mana pula aku boleh mendapat virus ini?

Aku tak pernah sakit pun, atau menjalani pemindahan darah, apatah lagi berkongsi jarum suntikan sewaktu mengambil dadah. So? Apa puncanya?

Check mate!

Apa pandangan orang yang mengetahui kisah hidup aku yang pada pandangan mereka mustahil untuk aku mendapat virus yang boleh membawa maut ini? Atau adakah mereka mula memandang serong terhadap aku dan menuduh aku bersikap hipokrit dan cuba mengaburi mata mereka semata-mata untuk melindungi perkara tak elok yang aku lakukan?!

Memang bermacam persoalan yang berlegar diruang pemikiran apabila membayangkan mereka mengetahui status aku. Dan apa yang aku tak mampu bila memikirkan orang tua yang sudah menjangkau umur 80an..aku memang tak mampu untuk melukakan hati dan perasaan mereka....aku rasa bersalah...kadangkala melihatkan susuk tubuh mereka yang makin dimamah usia membuatkan aku rasa nak meraung......aku tak mampu menerima hakikat bahawa benih dari mereka berdua ini telah dicemari.....mak, abah....maafkan anakanda kerana tidak mampu menjaga tubuh badan yang telah mak dan abah hasilkan..yang telah mak kandungkan,..yang telah abah besarkan...yang telah mak dan abah suapkan makanan ke mulut ini...yang telah mak rotan kerana kedegilan masa kecik dulu, yang telah abah dukung semasa anakanda terjatuh dahulu!!!!!!!!! Mak ..abah........satu-satunya anak lelaki yang mak dan abah nantikan selama 30 tahun kini dicemari virus!!!!!!!!!!!!!! maafkan anakanda..................... ;(

buat semua kakak-kakak yang dari kecil semuanya memanjakan adik lelaki yang sorang ini......kenakalan dan kedegilan adik semasa kecilnya memang kekadang merimaskan kakak-kakak semua....tapi nak buat macam mana? adik lah satu-satunya adik lelaki yang kakak-kakak ade.......dari kecik sampai masuk universiti adik lah yang kakak-kakak manjakan....walaupun adik tahu kakak-kakak semua tak terdaya untuk mendapat kejayaan seperti apa yang adik kecapi, tapi percayalah kakak, satu-satunya ijazah yang ade dalam keluarga kita yang adik perolehi bukanlah untuk adik seorang, tetapi untuk kita semua!!!! tapi maafkan adik kakak, adik alpa sewaktu adik mendaki liku-liku hidup......adik tersalah langkah....masa tu takde sapa yang tolong adik..sebab adik hidup berjauhan dengan keluarga.....adik takde pedoman....adik takde pembimbing......apa yang kakak-kakak lihat tak seindah apa yang adik lalui!!!!!!

aku tak boleh nak habiskan posting kali ni....bila airmata berjujuran membasahi keyboard....aku menangis sepuasnya......


Sunday, March 25, 2012

Cara Menajamkan Minda


Seperti yang kita semua tahu, salah satu side effect dari antiviral Stocrin adalah 'memory loss'. Iyer, mmg TT pernah post tentang masalah ni beberapa bulan lepas. Masa tu memang terasa diri ni bebal sesangat. Sampaikan satu ketika bila my boss tanya soalan, TT amik masa yang lama untuk mencari jawapan yang betul. Jawapan yang diberi pun dalam keadaan tergagap-gagap. Memang memalukan.

Tapi dengan perkembangan teknologi yang ada sekarang ini, TT pasti ramai diantara kita yang mempunyai smartphone, tablet mahupun PC. Dan terdapat pelbagai applications terutamanya games yang boleh membsntu kita menajamkan minda.

DrawSomething dan Soduku merupakan salah satu games yang TT suggest kepada sesiapa yang mempunyai masalah memory loss ini. Ianya mampu menajamkan fikiran, menjadikan otak berfikir lebih ligat untuk mendapatkan jawapan serta strategy untuk membolehkan kita mendapat points.

Bila ada masa yang sesuai, pasti TT akan leka bermain. Kekadang tu tergelak sendiri bermain Drawsomething bila melihatkan pelbagai tactic dan expression dari seseorang utk menjadikan object yang dilukis mudah diteka.

TT pasti, terdapat banyak cara lain lagi sselain permainan di atas. Yang penting kita kena pandai explore. Dan kreatif untuk menjadikan diri kita sama seperti insan lain. Tak mau jadi bebal-bebal lagi dah yer! :)

Tuesday, March 20, 2012

No More Side Effects!

Yes! Syukur alhamdulillah...setelah 6 bulan memulakan HAART, pelbagai kesan sampingan yang telah TT lalui, dan segalanya telah berakhir kini.

Kalau dulu TT selalu aje rasa mual, loya, nak muntah, pening....tetapi sekarang tidak lagi. Dah rasa mcm biasa sahaja. Langsung tarak sakit?!

Ingat lagi dulu masa mula2 makan Stocrin...siap terkencing masa tidur. Kalo terjaga nak ke bilik air, mesti kena berpegang pada dinding. Mana tak nya, dunia rasa berputar-putar. Rasa mau tumbang sudah.

Tapi semuanya telah berlalu yer. Sekarang ni bila dah telan stocrin pada jam 10malam, TT masih lagi selamba untuk menonton Desperate Housewives. Masih lagi mampu bermain DrawSomething kat ipad. Tapi masih belum berani nak mengeteh dan drive lewat malam. Takut masih ade lagi saki baki side effect yg belum hilang.

So pada kawan2 kat luar sana yang masih ragu2 tentang HAART, tentang ubatan antiviral...haruslah dibuang segala stigma dan prejudis anda. Lihat lah pada contoh PLHIV yang telah berjaya membuktikan bahawa mendapat HIV bukannya bermakna mati pada keesokan harinya.

Apa yang penting, kuatkan semangat. Jangan terlalu pikir perkara yang bukan-bukan. Dan yang penting sekali, berkumpul dan bergaul dgn PLHIV yang lain. Berkongsi masalah. Insyaallah, semuanya akan menjadi seperti sediakala.

Last but not least, TT doakan serta mengucapkan ribuan terima kasih pada kawan2 PLHIV yang banyak membantu TT selama ini. Terutamanya Abg Pie dari www.akuhivpositif.blogspot.com dan kawan-kawan seangkatan seperti LR, Mael, Halim, Abg Fareez dan semua sekalilah yang sama2 berusaha untuk menjadikan kehidupan PLHIV lebih bermakna!

Friday, March 2, 2012

Bersiaran dari Miri International Airport

Jam baru menunjukkan pukul 2pm sedangkan flight pulang ke KL departure jam 4pm. Bosan menunggu lantas TT membuka blog dan mengupdate sesuatu sambil melayan Facebook. Maklumlah, TT baru je menyambut hari lahir yg ke tuttttttt dua hari lepas. So banyaklah ucapan dan wishes yang diucapkan oleh kwn-kwn.


Pada semua yang menghantar ucapan samada melalui Facebook mahupun sms, TT ucapkan ribuan terima kasih. Semoga kita sama-sama mendapat rahmat dariNya. Moga Dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki kita semua.

TT nak tido sekejap. Mata mengantuk tak terkira ni.....Zzzzzzz