Saturday, February 25, 2012

Langkawi cancel....Cameron pon cancel

TT mmg malas plan utk pergi bercuti. Sebab kebiasaannya mmg segala yang dirancang takkan menjadi kenyataan.

Sepatutnya TT akan bercuti ke Langkawi dari hujung minggu ni sehingga Rabu depan. Tiket pun semua dah beli masa promosi AirAsia tahun lpas..TETAPI, bos pulak yg buat spoilt...cuti satu hari je dia kasi. Dengan alasan sbb banyak dateline kena kejar minggu depan. Ayoyoyoyo...putih mata...

Bila rancangan nak ke Langkawi dicancelkan, ade pulak plan lain nak ke Cameron Highlands, cadangnye nak bertolak pagi esok (Sabtu). Dapat tidur semalaman kt sana jadiklah kan, alih2 family kat kampung call petang tadi suruh balik Pahang esok pagi. Alamak........mmg takde rezeki nak melancong lah bulan ni.

So nak tak nak minggu ni stay di rumah sajer. Siapkan kerja office yg makin hari makin berlambak!



Sunday, February 19, 2012

Aku semakin "Bebal"

Kali ni saya nak berkongsi cerita tentang sesuatu yang pelik berlaku terhadap diri saya. Tak pasti samada ianya adalah berkaitan dengan antiviral yang saya makan atau disebabkan diri yang semakin tua.

Tapi sejak kebelakangan ni, saya dapat rasakan yang kepala hotak saya semakin bebal terutamanya dalam menjalankan kerja-kerja harian di pejabat.

Saya terlalu susah untuk memahami sesuatu task/kerja yang sepatutnya saya buat. Amik masa yang lama untuk memahami sesuatu benda. Dan yang paling ditakuti bila my boss atau anybody yang bertanya tentang sesuatu, teramat payah untuk saya memberi explanation....saya seolah-olah jadi bebal..dungu

Adakah ianya disbbkan stocrin atau combivr yang saya makan? Atau adakah faktor usia yang membuatkan daya ingatakan saya semakin berkurangan?

Apa yang paling saya takuti bila reputasi saya di office jatuh disbbkan kegagalan melaksanakan tugas dengan sempurna. Dek kerana masalah ni jugak, saya dah totally demotivae utk bekerja...dahlaa project yang ongoing sekrang dihantui bermacam masalah. Di tambah pulak dengan masalah ingatan yang saya alami. Ikutkan hati rasa nak berhenti kerja dan mencari kerja yang less stress!

Monday, February 13, 2012

Janganlah aku menjadi insan terpilih

...time to travel lagi.....and it's Miri again.

oh my..tolonglah bos kasi orang lain pergi plak kali ni. penat travel ke sana ke mari. kerja di office bukan semakin berkurang, tapi makin sehari ke sehari asyik ade je tugasan baru yang datang.

tak cukup dgn project yang ongoing, masuk plak project yang baru. minyak oh minyak.....kapitalis sungguh depa ni. selagi ade reserve selagi tu laaaa nak di korek........abis apa yang tinggal untuk anak cucu?!

Saturday, February 11, 2012

2012 memang tahun yang merengsakan

Diam-diam dah nak abis bulan February. Cepat benor masa pergi....

Dan seperti yang dijangkakan sejak new year aritu, mmg tahun 2012 ni takde luck langsung. Dari January aritu hidup 101% didedicate sepenuhnya pada kerja office. Kuar rumah sebelum matahari terbit...balik dari office lpas matahari tenggelam. Exhausted giler! Sampai rumah rest kejap aje lpas tu telan stocrin dan tidoooo..

Weekend plak pun sama. Gigih buat homework dari rumah. Tapi kerja still tak abis abis. Stress!