Saturday, November 19, 2011

Dari 2008 sehingga 2011...Tuan Tanah (TT)

Hahaha....akhirnya TT dah bole recover balik blog ni yg suatu waktu dahulu "missing-in-action" :)

Bukan apa, kali terakhir TT mengupdate blog ni adalah pada awal tahun 2010. Itupun setelah domain akulelakiitu.net sudah tidak lagi wujud di alam siber. Semuanya berpunca dari TT sendiri, kesilapan teknikal - ntah macam mana TT tersalah click button, maka hancur kesemuanya. Nasib baik content blog tu sempat TT back-up dan seterusnya di transfer ke blog yang baru ini akulelakii2.blogspot.com

Sesungguhnya, ramai yang bertanya tentang kehilangan TT semenjak TT menyepikan diri dari arena blogger. Iyer, TT terlalu sibuk, dengan urusan hidup dan career :)

Dan alhamdulillah, Tuhan masih panjangkan umur TT. Masih bernafas di bumi ciptaan Allah S.W.T. Jangan risau yer, kesihatan TT masih seperti dahulu, sihat walafiat, malah semakin "overweight"! Walaupun umur TT baru menjangkau awal 30-an, tetapi sesetengah orang kata TT dah mencecah 40-an! Ayooo...

Tapi takpe, apa sangatlah yang TT nak risaukan, kita pun makin lama makin tua kan. Harinya pasti untuk kita bergelar sebagai warga tua. Cuma TT harap TT boleh hidup dengan lebih lama. Sebab terlalu banyak perkara dan impian TT belum terlaksana. Biarlah Tuhan berikan peluang untuk TT mencapai impian TT tersebut. Bukan hanya untuk kejayaaan di dunia tetapi juga di akhirat. Amin.

Oklah, di sini serba sedikit TT ingin bercerita tentang keadaan kesihatan TT..dan sejauh mana Virus HIV telah bersarang di dalam tubuh TT ini (diagnose +HIV pada pertengahan tahun 2008).

Seperti yang korang ketahui, TT sentiasa melakukan check-up di hospital kerajaan untuk memantau keadaan CD4 dan viral load setiap 3 bulan sekali. Dan seperti apa yang dijangkakan, CD4 TT menurun tahun saban tahun. Dari CD4 count berada dalam keadaan selesa pada 2008 (400+ count), sekarang bacaannya telah menurun kepada 290 sahaja.

Disebabkan bacaan tersebut sudah sampai ke tahap AIDS (250), makanya doktor menasihati TT untuk menyegerakan proses treatment dan kawalan. Bermula pada September 2011, TT memulakan first regime dengan pengambilan Stocrin dan Combivir. InsyaAllah, pada December ini TT akan buat another CD4 test, tak sabar nak tau berapa bacaan terbaru hasil dari pengambilan regime yg pertama ini.

Alhamdulillah, TT telah melepasi tahan ujian getir kesan daripada pengambilan regime tersebut. Sesungguhnya, dalam tempoh 2 bulan pertama, TT berasa amat tidak selesa dengan apa yang TT telan. Bayangkan hidup ni kena bergantung dan memakan ubatan tersebut pada setiap hari pada setiap masa yang ditetapkan untuk selamanya !!!!

Itu belum lagi dikira perasaan nervous, kecewa, hopeless serta kesan sampingan ubatan tersebut (loya, pening kepala, hallucination, stress)....

Nasib baik lah TT mempunya ramai kawan-kawan yang sudi memberi pertolongan dan sokongan. Terutamanya kawan baik TT yang tak putus-putus memberi harapakan agar TT terus berjuang melawan virus ini.

Dan pada saat TT menaip blog ini, TT berada di dalam kondisi yang teramat sihat, segar, highly moralized bla bla bla :)

I'm happy to be me. Regardless apa yang telah berlaku pada masa lalu, we have to be stronger than before right? Learn from the past, for better in future.

Oklah, dah lama TT bergayut di depan laptop ni, sakit pinggang sebab mengemas rumah malam tadi pun masih belum hilang, Nak nonton movie sekejap dan rasanya tengahari ni TT nak jalan-jalan di The Curve. Ade sapa-sapa nak join? :)

Anyway, if you guys would like to have regular communication dgn TT via Yahoo Messenger, please do not hesitate to add my ID akulelakiitu@yahoo.com

You can send an email or instant message. However, I would not able to reply you message during office hour. TT kena concentrate pada kerja :)

Anyway, happy weekend!!!!!

4 comments:

  1. hai ini blog ke 2 selepas akuhivpositive yang saya tahu dan mula try membaca insyaallah saya akan follow awk jugak

    ReplyDelete
  2. hai, salam TT...saya drop by blog awak nak tau info ttg HIV coz one of my rltv pon HIV. sy click blog awak dari bloG AHP tpi xabis bacer lagi pon blog AHP tu, byk sgt,baru je jmpe blog tu harini ble di google.. bg sy, harus dibuang -ve stigma towrds PLHIV ni.just b patient k. sntiasa bersangka baik pada allah.as for me i do av other pobs.let's friend kalau sudilah...wynis_07@yahoo.com

    ReplyDelete