Sunday, December 6, 2009

Cerita seorang hamba bernama A

A...merupakan salah seorang hamba Allah yang menjadi pengunjung tetap blog TT suatu masa dahulu. Perkenalan di ruang maya dan kemudian bertukar-tukar telefon...dan akhirnya A menjadi sahabat TT yang sama-sama mengharungi liku-liku hidup sebagai penghidap HIV

pernah suatu ketika A menyuarakan hasratnya untuk melakukan treatment. Tetapi A rasakan dirinya tidak kuat untuk meneruskannya.

TT kuatkan semangat dia, even kadangkala semangat TT pun pudar..tapi demi A, TT beri kata-kata rangsangan untuk nya...melalui sms mahupun di talian telefon, TT sokong kehidupan +ve kami.

A dan TT sama-sama berkongsi pengetahuan tentang HIV. Kami sama-sama bercerita tentang lifestyle, pemakanan, supplementary food as well as cara hidup.

Walaupun kami sama-sama naive tentang HIV, tapi kami selalu mendapatkan informasi yang berguna di internet...dan setiap kali terdapat berita terkini dlm pengubatan HIV, pasti kami akan kongsikan bersama...

Seminggu sebelum Hari Raya Haji yang lalu, A menghantar message yg mengatakan dirinya tidak berapa sihat...dan setelah TT nasihatkan A untuk ke hospital akhirnya A didapati mengalami simptom berkaitan dengan paru-paru yg dijangkiti kuman

masa mula-mula TT dapat tau keadaan dia mmg buatkan TT jadi shocked.

Tapi TT tak nak tunjukkan sangat kegusaran di hati A...TT bagi kata-kata semangat utk A....nak tak nak dia kena ikut semua arahan doktor...

Alhamdulillah, berkat kesabaran A..dan juga kesungguhan nye utk terus menjalani hidup dgn lebih baik, A berjaya melepasi saat-saat getir yg mana stigma masyarakat tentang HIV masih lagi diperingkat tidak boleh diterima

Dan skrang A sudah keluar dari hospital dan telah mula berkerja...tak sia-sia la usaha TT untuk meyakinkan dia bahawa masih terdapat jalan utk pengidap HIV bagi meneruskan hidup...

buat A, kejadian yg berlaku kat ko benar-benar membukakan mata dan fikiran TT tentang apa yg akan berlaku suatu hari nanti...so sama-samalah kita bersedia dan kuatkan semangat untuk menghadapi hari-hari mendatang...

kita sama-sama taburkan keazaman...kikis perasan malu tentang apa yg ada pada tubuh kita...seharusnya kita tanam virus-virus ni jauh ke dalam tubuh dan pastikan ianya tidak membunuh kita secara berterusan...

semangat dan motivasi yg paling penting utk kita disamping menjalani cara hidup yang lebih menyihatkan...

TT tau, dilemma kita sebenarnya bukanlah kepada virus itu sendiri, tetapi kita takut pada stigma masyarakat sekeliling yg mengatakan pengidap HIV itu adalah hina!! dan sesungguhnya kita bukanlah sehina yang mereka sangkakan!!

hidup mesti terus!!!

5 comments:

  1. yap...Hidup mesti di teruskan... walau apa yang terjadi...

    ReplyDelete
  2. sabarlah menghadapi DugaanNya. Sy faham keadaan TT. I have been diagnosed positive in 2009. and now on medications. Mmglah perit makan ubat,tapi memikirkan byk lagi urusan and amal ibadat yg tergantung,i decided to live on. skarang alhamdulillah,much better.

    ReplyDelete
  3. it's ok.....tabahkan hati dan banyak berserah pada Yang Maha Esa, kerana Dia yang lebih mengetahui, kita hanya insan yg di bawah perintahNya, apa jua yg terjadi kepada kita adalah dariNya jua.

    ReplyDelete
  4. Salam angah.. dah lama uda tak membaca blog angah ni... anyway... seperti yang uda pernah nyatakan dulu.. semangat adalah ubat yang terbaik..

    ReplyDelete
  5. Hi.

    boleh ke kita bertukar link?

    http://lamadukkelleng.blogspot.com

    or,

    http://lamadukkelleng.blogspot.com/2009/08/hiv-dan-aids.html


    Terimakasih

    ReplyDelete