Saturday, January 21, 2012

Moral of the story

Balik dari Miri, transit Kuching. Tak best btul kalo travel daytrip. Penat!

Khamis lepas TT nyaris-nyaris tertinggal flight AirAsia ke Miri. Flight yang sepatutnya bertolak jam 11.40am tetapi ntah kenapa TT leka di rumah. Sampai di LCCT jam 11.30pagi, pergi kaunter amik boarding pass dan terus berlari macam acara 100 meter sukan olimpik ke boarding gate. Nampak staff kat situ dah tutup pintu, tetapi bernasib baik dia bukakkan semula pintu utk TT masuk ke aircraft. Peluh mencurah-curah jatuh ke bumi. Hahaha..first time TT experienced benda ni. Kalau lewat seminit jer pun aritu mmg sah TT kena "hye hye bye bye"... :)

Moral of the story: Next time kalo nak travel lagi, make sure bersiap awal dan mesti berada di airport at least 1 jam sebelum departure time yer!






Tuesday, January 10, 2012

Alhamdulillah..CD4 increased!

Hari ini merupakan hari yang paling ceria buat TT sepanjang bergelar HIV +ve sejak 2008!

Setelah hampir 4 bulan memulakan HAART (bermula September 2011), hari ni TT telah ke HUKM untuk mendapatkan result terbaru CD4. Yes! My CD4 increased 70 to 367! TT punyalah excited sampaikan hari ni senyum memanjang sampai ke telinga.

Penantian selama 3 jam menunggu turn berjumpa doktor mmg berbaloi sangat. Tapi TT agak terkilan sebab tak dapat nak tau latest viral load sebab result belum siap lagi. Doktor tadi just amik no tel TT dan katanya akan sms bila result tu dah keluar nanti.

TT sebenarnya agak was-was dengan HAART yang telah TT mulakan aritu. Sebabnya TT takut combivr + stocrin yang TT makan tu tak berkesan dengan body TT. Lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ni TT asyik diserang sakit mulut, demam dan pening. Rupa-rupanya demam tu semua hanyalah demam biasa sahaja. I was supposedly not to worry at all.

InsyaAllah...teruskan berfikiran positif selepas ni. Lupakan segala moody, depression dengan workload semua. Senyum sokmo dan pasti tomorrow never dies!

Dikesempatan ini, TT nak ucapkan ribuan terima kasih pada rakan-rakan PLHIV (Abg Pie & family, Luka Raffieqa, Mail, Halim, Brader Fareez, Azam, Saiful, Mizan, Laila dan semuanya sekalilah). Sejak kewujudan kalian dalam hidup ni, rasa duniaku kembali bernafas dengan lebih sempurna! Dan inilah yang TT cari selama ini sesuai dengan tema blog ini sendiri "Ya Tuhan, Izinkan daku terus bernafas".