Monday, February 13, 2012

Janganlah aku menjadi insan terpilih

...time to travel lagi.....and it's Miri again.

oh my..tolonglah bos kasi orang lain pergi plak kali ni. penat travel ke sana ke mari. kerja di office bukan semakin berkurang, tapi makin sehari ke sehari asyik ade je tugasan baru yang datang.

tak cukup dgn project yang ongoing, masuk plak project yang baru. minyak oh minyak.....kapitalis sungguh depa ni. selagi ade reserve selagi tu laaaa nak di korek........abis apa yang tinggal untuk anak cucu?!

Saturday, February 11, 2012

2012 memang tahun yang merengsakan

Diam-diam dah nak abis bulan February. Cepat benor masa pergi....

Dan seperti yang dijangkakan sejak new year aritu, mmg tahun 2012 ni takde luck langsung. Dari January aritu hidup 101% didedicate sepenuhnya pada kerja office. Kuar rumah sebelum matahari terbit...balik dari office lpas matahari tenggelam. Exhausted giler! Sampai rumah rest kejap aje lpas tu telan stocrin dan tidoooo..

Weekend plak pun sama. Gigih buat homework dari rumah. Tapi kerja still tak abis abis. Stress!


Saturday, January 21, 2012

Moral of the story

Balik dari Miri, transit Kuching. Tak best btul kalo travel daytrip. Penat!

Khamis lepas TT nyaris-nyaris tertinggal flight AirAsia ke Miri. Flight yang sepatutnya bertolak jam 11.40am tetapi ntah kenapa TT leka di rumah. Sampai di LCCT jam 11.30pagi, pergi kaunter amik boarding pass dan terus berlari macam acara 100 meter sukan olimpik ke boarding gate. Nampak staff kat situ dah tutup pintu, tetapi bernasib baik dia bukakkan semula pintu utk TT masuk ke aircraft. Peluh mencurah-curah jatuh ke bumi. Hahaha..first time TT experienced benda ni. Kalau lewat seminit jer pun aritu mmg sah TT kena "hye hye bye bye"... :)

Moral of the story: Next time kalo nak travel lagi, make sure bersiap awal dan mesti berada di airport at least 1 jam sebelum departure time yer!






Tuesday, January 10, 2012

Alhamdulillah..CD4 increased!

Hari ini merupakan hari yang paling ceria buat TT sepanjang bergelar HIV +ve sejak 2008!

Setelah hampir 4 bulan memulakan HAART (bermula September 2011), hari ni TT telah ke HUKM untuk mendapatkan result terbaru CD4. Yes! My CD4 increased 70 to 367! TT punyalah excited sampaikan hari ni senyum memanjang sampai ke telinga.

Penantian selama 3 jam menunggu turn berjumpa doktor mmg berbaloi sangat. Tapi TT agak terkilan sebab tak dapat nak tau latest viral load sebab result belum siap lagi. Doktor tadi just amik no tel TT dan katanya akan sms bila result tu dah keluar nanti.

TT sebenarnya agak was-was dengan HAART yang telah TT mulakan aritu. Sebabnya TT takut combivr + stocrin yang TT makan tu tak berkesan dengan body TT. Lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ni TT asyik diserang sakit mulut, demam dan pening. Rupa-rupanya demam tu semua hanyalah demam biasa sahaja. I was supposedly not to worry at all.

InsyaAllah...teruskan berfikiran positif selepas ni. Lupakan segala moody, depression dengan workload semua. Senyum sokmo dan pasti tomorrow never dies!

Dikesempatan ini, TT nak ucapkan ribuan terima kasih pada rakan-rakan PLHIV (Abg Pie & family, Luka Raffieqa, Mail, Halim, Brader Fareez, Azam, Saiful, Mizan, Laila dan semuanya sekalilah). Sejak kewujudan kalian dalam hidup ni, rasa duniaku kembali bernafas dengan lebih sempurna! Dan inilah yang TT cari selama ini sesuai dengan tema blog ini sendiri "Ya Tuhan, Izinkan daku terus bernafas".

Thursday, December 29, 2011

Warna Warni 2011

Melaka - view from Tamingsari

i-City Shah Alam

Desaru

Cameron Highlands

Broga Hill

Universal Studio Singapore

India

Mumbai @ Bombay

Bali

Bandung


Diam tak diam, tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Pelbagai suka-duka dicoretkan pada tahun ini. Rasa sedih, gembira, lara, nestapa - menjadikan hidup lebih matang. Tanpa benda tersebut, pasti terasa kosong hidup ini kan. Seperti yang telah TT coretkan pada penghujung tahun 2010, azam 2011 adalah berkonsepkan "around the world". Gambar-gambar di atas adalah di antara tempat yang sempat TT kunjungi sepanjang tahun 2011 huhuhu. What about 2012 plak apa destinasi seterusnya yer? Ermmm...

As time goes by, I didn't realize that it has been more than 3 years I live with HIV. Few phases I've gone through - demoralized is one of them. But luckily I've many supportive friends out there. They provide me with appropriate advise and moral support. Thank Allah for sending them and making them existed in my life!

To all readers out there, happy new year and good bye 2011 - which has been fulfilled with wonderful colours of life!